Teknik Forex Terbaik?

Pernahkah anda terfikir bagaimana otai-otai forex dapat sampai level otai? Pernah jumpa tak? Tak pernah jumpa lagi ker? Saya kenal seorang. Nama beliau Surelaris, presiden Mocfx dan full time forex trader. Dia adalah pencipta kaedah Minachi, pengubahsuaian teknik Fibonacci dalam Forex.

Ada seorang lagi yang saya kenal. Nama beliau Shalon Paraivagas, owner sabahforex.com. Dalam perbincangan saya dengan dia baru-baru ini, dia mengatakan bahawa trading menjadi semakin senang bagi dia. Dia tak lagi gemuruh seperti dahulu dan profit nya semakin berlipat ganda.

Apakah Teknik yang Mereka Pakai Sehingga Berjaya dalam Forex?

Menurut Shalon, dia tak guna apa-apa indicator atau EA. Dia trade secara manual menggunakan teknik-teknik forex klasik seperti Elliot Wave.

Saya kagum dengan Shalon sebab sebenarnya tak senang nak capai level master dalam Forex. Dia ambik masa 5 tahun untuk menguasai ilmu ini sebab dia tak join kelas dan dia tak ada mentor. Cuba bayangkan jikalau dia mempunyai mentor..Mesti meletup result dalam masa singkat. Tak payah tunggu 5 tahun.

Bagaimana untuk Menguasai Teknik Forex Sebenar dalam Masa Singkat?

Anda tak perlu tunggu sehingga 5 tahun untuk benar-benar menguasai forex. Saya tak janji yang anda akan mahir esok tetapi sebenarnya, masa untuk belajar trade forex menggunakan teknik dan mindset yang betul dapat disingkatkan dengan bimbingan dan panduan yang betul dari GURU atau SIFU yang berpengalaman.

Persoalannya, siapa yang nak jadi SIFU FOREX?

Dalam blog post saya akan datang, saya akan utarakan masalah yang dihadapi oleh komuniti forex di Malaysia. Ini berkaitan scam-scam forex yang semakin meluas dan GURU-GURU FOREX PALSU yang semakin pandai muncul. Bagaimana untuk kenalpasti orang-orang sebegini? Bagaimana untuk kenalpasti GURU dan MENTOR FOREX yang betul?

 

 

Be Sociable, Share!

, , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes