Kos Kehidupan Menaik…Gaji Anda Pula? Hmm..

By | January 31, 2015

imagesSalam Kawan,

Adakah anda dah terfikir bagaimana nak “survive” tahun 2015?

Nampaknya ekonomi negara tak seindah yang disangkakan. Harga minyak dah jatuh, nilai Ringgit pula semakin susut dan GST bakal diperkenalkan pada 1 April 2015.

Kesannya?

Banyak pengangguran akan berlaku akibat pembuangan pekerja secara besar-besaran. Saya ada ramai kawan yang bekerja di sektor oil and gas. Sektor ini lah yang mengalami kesan yang teruk disebabkan harga minyak sedunia yang telah jatuh baru-baru ini. Mereka memberitahu saya bahawa syarikat-syarikat oil and gas ni sedang mengurangkan pekerja secara drastik.

Ramai di antara mereka mempunyai gaji RM 10,000 ke atas. Jika dibuang kerja, pendapatan mereka akan susut menjadi KOSONG!

Jika gaji dah menjadi kosong, bagaimana pula nak bayar pinjaman rumah? Pinjaman kereta? Kos persekolahan anak-anak?

Terus terang saya katakan benda ni memang pahit.

Saya menjangkakan trend “buang kerja” ini akan berterusan dan akan diguna pakai oleh syarikat-syarikat sektor lain sebagai strategi untuk mengurangkan kos.

Bagaimana Dengan Anda Pula? Adakah Anda Mempunyai Backup Plan Yang Kukuh?

Saya sangat percaya dengan falsafah bahawa seseorang itu HARUS mempunyai Multiple Streams of Income. Pendapatan anda harus dijana dari pelbagai sumber, bukan dari satu sahaja.

Jika anda mempunyai sumber pendapatan UTAMA dari pekerjaan anda, anda harus berusaha untuk tambahkan pendapatan anda dari sumber-sumber yang lain sebagai PERSEDIAAN untuk masa-masa yang sukar.

Saya nak TEGASKAN di sini: Masa-masa sukar akan datang!

Jika anda tak bersedia dari segi ekonomi, anda akan HANYUT dibawa arus globalisasi.

Buat persediaan SEKARANG! Bukan esok, bukan lusa tetapi hari ini untuk memperkukuhkan ekonomi anda.

5 Tips Untuk Bersedia Dari Segi Ekonomi

1. Simpan sekurang-kurangnya 10 peratus dari gaji anda dan masukkan ke dalam simpanan tetap seperti ASB atau mana-mana bank.

2. Kurangkan masa melepak dekat kedai kopi.

3. Belajar skill baru yang boleh menjana pendapatan pasif seperti Forex, Perniagaan Online, dan lain-lain.

4. Berusaha untuk kurangkan kos kehidupan dan buang benda-benda yang tak perlu (live below your means).

5. Buat pelaburan masa, tenaga dan duit untuk membina saluran-saluran pendapatan pasif yang akan menjana duit bulanan untuk anda di masa akan datang.

Kesimpulan

Tahun ini, anda harus meningkatkan PRODUCTIVITI dan menjadi lebih bijak dari tahun sebelumnya…Jika anda nak SELAMAT dari kemerosotan ekonomi yang bakal melanda. Anda harus BERUSAHA dengan bersungguh-sungguh. Kurangkan bermain, kurangkan lepak, kurangkan komplen, tetapi gandakan usaha, tingkatkan kemahiran, gandakan simpanan duit…

Sifu Forex

P.S. PENGUMUMAN PENTING: Teknik Forex Sebenar Versi 6 (TFSV6) sudah dilancarkan. TFSV6 adalah Panduan Forex No #1 Di Malaysia, bertujuan untuk mendidik dan membimbing rakyat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia untuk memiliki kemahiran yang tinggi dalam Forex sehingga mereka dapat menjana pendapatan 5-Angka seminggu secara pasif. Sila klik di sini untuk info lanjut tentang TFSV6.

Be Sociable, Share!

Leave a Reply