Kenapa Anda Boleh Rugi Dalam Forex?

By | October 23, 2014

Dalam email yang saya hantar sebelum ini, saya bercerita tentang kawan trader yang jana 120 USD dalam 24 jam.

Cuba teka?

Saya mendapat update akhirnya beliau loss semua profit yang dikumpul pada keesokan harinya..Kesemuanya 150 USD!

Profit yang dijana loss, modal pula berkurang 30 USD.

Sebenarnya, kawan saya ini boleh cut loss semasa trade berada pada -70 USD tetapi bak kata pepatah orang putih:

“Old Habits Die Hard”

Sifat tamak dan terlalu yakin mengaburi logik dan common sense.

Akhirnya, beliau loss.

Persoalannya, kenapa kawan saya ini boleh rugi walaupun pada awalnya, beliau dah profit?

Jom kita kaji beberapa sebab benda ini berlaku. Anda boleh ambil ini sebagai pengajaran supaya tak mengulangi kesilapan ini dalam trade anda.

Pemikiran Tak Rasional Semasa Trading

Kadang-kadang, trader boleh bertindak tak rasional semasa trading. Apabila difikirkan semula, keputusan yang dibuat memang tak masuk akal tetapi keadaan sangat berlainan apabila anda sedang trade.nya,

Ada trader yang tak sanggup menerima loss dan akan berpegang kepada floating loss walaupun trend sudah berubah ataupun apabila suda jelas, analisis yang dibuat silap.

Dalam kes kawan saya ini, dia boleh cut loss dan cuma rugi 70 USD. Jika itu yang dibuat, beliau masih lagi net profit 50 USD. Benda ini masih ok. Malangnya, kawan ini tak dengar nasihat saya dan meneruskan floating loss sehingga lah sampai tahap 150 USD loss.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Perkara Ini Berlaku Kepada Anda?

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda, anda perlu berpegang teguh kepada Trading Plan yang anda dah tulis.

Anda perlu mengamalkan disiplin menulis pelan anda dalam trading journal. Anda juga perlu sentiasa mengawasi diri dan emosi anda semasa trading. Anda perlu tetapkan jumlah maksimum yang anda sanggup loss dalam satu trade dan terus cut loss jika jumlah itu dah dilepasi. Money management dan pengawalan emosi diajar dalam Teknik Forex Sebenar.

Dalam kes kawan saya tadi, sepatutnya beliau cut loss apabila amaun sudah sampai USD 10. Tak perlu tunggu sehingga loss USD 70 dan tak perlu tunggu sehingga loss USD 150.

Yang penting, anda masih ada modal untuk trade.

Selamat Maju Jaya Dalam Forex!

Sifu Forex

P.S. Jika anda masih tercari-cari Forex Broker yang sesuai untuk trade, saya mencadangkan supaya anda tak ambil masa yang terlalu lama untuk membuat pilihan. Pada pendapat saya, ada beberapa broker yang agak ok untuk trade. Tetapi jika anda nak trade dengan forex broker yang terbaik, anda boleh mencuba broker XM. Sila klik di sini untuk info lanjut tentang mereka.

Be Sociable, Share!

Leave a Reply