Falsafah Forex Yang Jelas Untuk Menang

By | December 17, 2014

Louis-Van-Gaal-Press-ConferenceLouis Van Gaal, jurulatih Manchester United pernah ditanya bagaimana beliau akan membina semula pasukan Manchester United yang pada ketika itu sedang di ambang kehancuran di sebabkan bekas jurulatih David Moyes.

Jawapan beliau ringkas: “Saya akan menerapkan falsafah baru ke dalam pasukan Manchester United”..

Manchester United kini berada di tangga ketiga English Premier League, 8 mata di bawah Chelsea, pendahulu liga.

Falsafah baru Van Gaal nampaknya berjalan dengan lancar.

Forex pun sama juga. Anda perlu falsafah yang terbukti untuk MENANG.

Teknik dan taktik penting tetapi tetapi tanpa falsafah yang jelas, anda tak akan berjaya dalam Forex.

Jika anda berminat, saya akan utarakan falsafah Forex yang diamalkan oleh trader-trader forex yang sangat berjaya.

Falsafah Forex Yang Diamalkan Oleh Trader Berjaya

Falsafah Forex No #1: Trader berjaya sentiasa melindungi profit untuk memastikan kejayaan jangka panjang.

Pernah kah anda berada dalam situasi di mana anda sudah berada dalam kedudukan profit, contohnya dah floating profit USD 60? Trade belum close dan anda masih mengharapkan profit lebih tetapi akhirnya, market berubah arah dan anda loss kesemua profit yang anda sepatutnya dah jana?

Anda sepatutnya dah profit USD 60!

Adalah lebih baik anda close trade dan ambil untung pada USD 60..

Ingat ye, lindungi profit anda!

Falsafah Forex No #2: Trader berjaya sentiasa trade dengan risiko yang kecil untuk menjana pulangan yang besar.

Tau tak kenapa ramai forex trader gagal?

Jawapannya: Kebanyakan trader suka ambil risiko besar untuk mendapat pulangan yang kecil.

Perlakuan ni memang tak logik tetapi ini lah realitinya.

Banyak trader yang saya kenal tak trade guna stop loss. Ada pula yang trade guna stop loss tetapi risiko 50 peratus dari modal.

Memang tak hairan lah kenapa boleh selalu loss.

Salah satu konsep penting yang anda akan belajar jika anda join Teknik Forex Sebenar adalah Risk To Reward Ratio. Bagaimana nak menilai risiko sesuatu trade dan potensi pulangan yang bakal anda dapat.

Jangan ambil risiko lebih dari 3 peratus dari modal.

Dalam forex, loss tu memang perkara biasa. Yang penting, biar lah jumlah loss tu kecil berbanding jumlah profit anda.

Falsafah Forex No #3: Follow The Trend.

Dalam Forex, trend adalah kawan anda. Oleh itu, anda harus mengikut trend semasa.

Jika trend sedang naik, anda harus bersedia untuk BUY,  dan jika trend sedang turun, anda harus bersedia untuk SELL.

Soalan: Bagaimana nak tahu samada sesuatu trend itu akan berterusan atau tamat?

Jawapan: Dengan mengkaji bentuk isyarat candlestick yang terbentuk.

Klik di sini untuk panduan lengkap baca candlestick

Falsafah Forex No #4: Kebanyakan trader berjaya yang saya kenal mengamalkan Price Action Trading apabila trade Forex.

Trader-trader berjaya yang mengamalkan price action trading:

Nial Fuller (Otai Forex Australia), Chris Lee (Pip Mavens), Jimmy Wong (JF Lennon) dan Khalid Hamid (Teknik Forex Sebenar).

Sila klik kat sini jika anda nak belajar price action forex trading dalam Bahasa Melayu.

Ok, sampai di sini sahaja blog post dari saya. Di artikel yang akan datang, saya akan bongkarkan satu strategi forex yang sangat mudah untuk dilaksanakan berdasarkan falsafah forex yang dibincangkan hari ini..So stay tuned!

Sentiasa ingin membantu,

Sifu Forex

P.S. Jika anda nak tau, saya trade Forex guna broker FXPRIMUS. Bagi saya, FXPRIMUS adalah antara forex broker terbaik di Malaysia. Klik di sini untuk info lanjut tentang FXPRIMUS.

Be Sociable, Share!

Leave a Reply