Bagaimana Jika Anda Gagal? Persoalan Trader Yang Selalu Rugi Dalam Forex

By | April 30, 2015

Dalam artikel kali ini, saya nak sentuh tentang benda yang jarang dibincangkan oleh penjual-penjual sistem dan seminar forex, iaitu, kecenderungan majoriti trader untuk rugi dalam forex.

Para pakar forex menyatakan bahawa 95% orang yang trade forex akan gagal. Cuma 5% je yang akan berjaya.

Saya mendapati benda ni betul. Saya ada ramai kawan yang trade forex. Daripada 10 orang yang trade, 9 akan rugi teruk.

Saya ada seorang kawan yang rugi 3000 USD dalam satu malam disebabkan kesilapan tak letak stop loss semasa trade. Tetapi itu belum teruk lagi. Ada seorang lagi yang saya kenal kerugian 40,000 USD dalam 3 hari trade!

Punca Trader Rugi Dalam Forex

1. Kebanyakan trader yang saya kenal tak guna stop loss.

Ini adalah tabiat yang kurang bijak kerana stop loss dapat membantu untuk mengurangkan risiko semasa trade. Bayangkan jika analisis anda tak menjadi dan market yang sepatutnya BUY bertukar menjadi SELL. Stop loss dapat meminimakan kerugian yang teruk. Dengan stop loss, anda cuma rugi sedikit jer.

2. Trade pair yang tak stabil.

Sebagai trader, anda kena lah bijak. Sebab hanya trader bijak sahaja yang akan profit dalam forex. Yang kurang bijak tu, maaf ye. Duit anda akan melayang. Khalid Hamid, pengasas Teknik Forex Sebenar menyarankan trader untuk trade Major Pair sahaja. Beliau tak menggalakkan trader trade cross pair dan lain-lain. Major pairs lebih stabil, ianya lebih mudah untuk dianalisa, dan pergerakannya lebih senang untuk dibaca.

3. Tak faham bagaimana menggunakan Risk to Reward Ratio yang betul.

Masuk trade, target 10 pip je tetapi stop loss, sehingga 100 pips atau lagi teruk, takde stop loss langsung.

Cara ini salah. Profit yang bakal dijana haruslah lebih besar dari risiko yang diambil. Bukan sebaliknya.

Jika Anda Selalu Gagal…

Jangan risau. Anda tak keseorangan.

Semua orang pernah gagal. Yang menjadi penentu adalah bagaimana anda respon kepada kegagalan itu.

Saya menerima banyak email dari trader yang selalu rugi. Nasihat saya sentiasa sama:

1. Amalkan kaedah trade yang selamat dengan mengambil risiko yang kecil. Biasanya, hanya 2 % dari modal. Kawalan risiko dilaksanakan dengan menggunakan stop loss.

2. Ambil sebahagian besar masa untuk analisis dan merancang (90 %). Selepas merancang, laksanakan apa yang dirancang (10 %).

3. Trade menggunakan Teknik Price Action. Teknik Forex Sebenar mengajar bagaimana trade kaedah Price Action dengan betul. Klik Di sini untuk info lanjut.

Be Sociable, Share!

Leave a Reply