Bagaimana Anda Boleh “Berjaya” Dalam Forex?

By | October 28, 2014

successBlog post saya sebelum ini membincangkan tentang kenapa orang boleh rugi dalam Forex. Dalam segmen ini pula, saya akan berbincang tentang bagaimana anda boleh berjaya dalam Forex. Definisi berjaya di sini bermaksud trader yang membuat konsisten 5-angka dan 6-angka setiap bulan.

Sebagai admin blog ini, saya mempunyai kelebihan dari segi kenalan..Saya dapat berkenalan dengan ramai trader. Ada trader yang dah sampai tahap otai atau MASTER/EXPERT dan ada juga yang masih lagi newbie. Daripada perkenalan ini, saya dapat membuat beberapa perbandingan antara trader-trader yang sudah berjaya dan trader-trader yang selalu rugi, selalu loss.

Jika anda nak berjaya dalam Forex, anda HARUS mencontohi trader-trader yang sudah berjaya.

Saya pernah membaca ungkapan seorang yang bijaksana. Ianya dalam Bahasa Inggeris:

“Success leaves clues”

Apakah “Clue-Clue” Yang Ada Pada Forex Trader Berjaya?

1. Forex trader yang berjaya seperti pengasas Teknik Forex Sebenar, Khalid Hamid, Nial Fuller, otai forex dari Australia dan trader-trader yang lain semuanya gemar membaca buku kewangan berbentuk motivasi. Saya kenal Khalid Hamid secara peribadi dan saya tahu bahawa beliau amat gemar buku-buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki. Buku-buku sebegini membuka minda, memberikan ilmu kewangan yang betul dan memberi motivasi untuk terus berusaha meningkatkan pendapatan melalui Forex dan saluran-saluran lain.

2. Forex trader berjaya berfikiran jangka panjang dan ini jelas ditunjukkan dalam cara mereka trade. Trader-trader berjaya tak akan trade time frame pendek seperti 1 minute dan 1 hour. Mereka selalunya akan trade pada time frame yang lebih panjang seperti 4 hour chart, daily dan weekly. Mereka berfikiran sangat konsevatif dalam penggunaan wang dan dari segi risiko yang diambil dalam pasaran.

Jika newbie dan trader yang selalu margin call (total loss!!) gemar ambil risiko yang besar sehingga ada yang sampai risiko 50 peratus dari modal, trader-trader yang bergelar otai ni selalunya akan ambil risiko yang kecil dan mereka akan SELALU set stop loss.

Prinsip yang dipegang oleh trader berjaya adalah:

“Biar kalah trade, yang penting modal masih ada” dan “Trade only when your trading edge is present”.

3. Forex trader yang berjaya tak suka buang masa. Memandangkan masa itu EMAS, mereka akan mengambil inisiatif untuk mengurangkan masa untuk membuat sesuatu. Contohnya, semasa trade, mereka tak gemar duduk depan komputer lama-lama. Mereka menggunakan kaedah trading “set and release”. Set pending order, set stop loss..siap. Tak perlu lagi membelek-belek chart. Mereka percaya dengan analisis yang dibuat.

4. Semua forex trader berjaya yang saya kenal mempunyai GURU atau MENTOR yang mengajar mereka cara untuk trade dengan betul. Guru atau mentor ni tak semestinya face to face. Ada yang berguru melalui buku dan video, dan ada yang berguru melalui kelas.

Saya nak tekankan di sini bahawa forex forum di Internet bukan guru. Anda tak akan dapat nasihat yang baik dari forum. Jika ada nasihat yang bernas pun, biasanya, ia akan ditenggelami nasihat-nasihat dari orang-orang yang mempunyai agenda untuk menyesatkan dan memberikan info yang salah.

jika anda SERIUS nak berjaya dalam Forex, anda harus mula dengan mencari guru forex yang BERKALIBER untuk membimbing anda trade cara betul!

“Don’t Leave Your Financial Future to Chance!”

P.S. Jika anda nak BERJAYA dalam Forex, anda perlu panduan untuk trade dan untuk menjana pendapatan konsisten dari Forex. Panduan yang saya akan rekomen pada anda merupakan KURSUS PENUH yang akan mengajar anda trade Forex dari A ke Z.

Anda akan diajar melalui panduan PDF, video, bimbingan melalui Facebook Group Rahsia dan peluang untuk bertanya melalui email dan juga group.

Kelas Forex pun disediakan untuk pelajar-pelajar yang nak bimbingan lebih.

Panduan yang saya maksudkan di sini adalah Teknik Forex Sebenar oleh Khalid Hamid. Khalid Hamid merupakan seorang trader yang saya percaya sudah bergelar jutawan. Beliau menjadi kaya oleh kerana Forex. Saya percaya anda akan mendapat banyak ilmu jika berguru dengan beliau. Sila klik di sini untuk info lanjut.

Be Sociable, Share!

One thought on “Bagaimana Anda Boleh “Berjaya” Dalam Forex?

  1. marck

    saya masih baru dalam forex dan sudah pun mendapatkan panduan Teknik Forex Sebenar.sekarang ini sedang mempelajari teknik teknik yang disarankan dan mudah-mudahan, kalau ada rezeki tahun hadapan akan mula trade secara real….doakan.

Leave a Reply